Salam Perkenalan

Hai, saya Siti Zawiyah Rahmat, Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah.


Kami dari jemaah ABDR menyediakan peluang dan ruang bagi kalian suri yang mahu belajar asas penulisan dan bina kedai online.


Belajar asas memaksimakan pemasaran percuma melalui blog dan juga facebook.


- Belajar asas berjualan melalui program dropship.

- Belajar menjual produk fizikal.

- Belajar menjual produk digital.

- Juga belajar bagaimana memulakan usaha menabung dan pendapatan aktif tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.


Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah:

> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online.

> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah.

> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan.

> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm.

> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.


Dua pakej kelas utama yang popular sepanjang tahun ialah:


1. KELAS ASAS BLOG MULA BISNES:


1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.

2. Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.

3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.

4. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk piihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan.

5. Belajar jana pendapatan melalui blog.

6. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.

7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.

8. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh.



2. KELAS ASAS BLOG PENULISAN:


1. Belajar asas blog (blogspot).

2. Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.

3. Tukar pembaca kepada PELANGGAN.

4. Belajar menulis secara konsisten.

5. Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada tukar dalam bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.

6. Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.

7. Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.

8. Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca.

9.Kelas asas blog dan penulisan perlu menguasai 44 entri dan 5 label. Ia akan diberikan selepas daftar dan analisa.



Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.


Yuran kelas adalah berbeza mengikut pakej :


YURAN RM250: KELAS BLOG BISNES ATAU KELAS BLOG PENULISAN.

- boleh pilih salah satu kelas + layak menjadi PENGURUS ONLINE ABDR.

- bonus 6 ebook (ebook asas blog, ebook super wahm supermom, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea bisnes, ebook yeay mama sudah resign, ebook 10 langkah mudah bina kedai online).


YURAN RM300: KELAS BLOG MULA BISNES DAN KELAS BLOG PENULISAN SERENTAK.

- layak menjadi PENGURUS ONLINE ABDR.

- bonus 10 ebook (ebook asas blog, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea bisnes, ebook panduan berpantang, ebook resipi berpantang, ebook super wahm supermom, ebook rahsia khidmt pelanggan, ebook yeay mama sudah resign, ebook 10langkah bina kedai online -belum terbit, ebook panduan rakan niaga -belum terbit).


## Kelas online sahaja dalam group kelas di facebook.

## Masa belajar yang sangat fleksibel ikut masa pelajar sendiri. Tiada limit masa ditetapkan.

## Nota toturial bergambar lengkap disediakan.

## Dapat bergabung dengan lebih 1000 blogger alumni akademi yang merupakan usahawan online n wahm.

## Masih boleh ikuti toturial berterusan dalam kelas walaupun sudah selesai tugasan.

## Dapat menjana pendapatan dengan produk ABDR jika mendaftar sebagai PENGURUS ONLINE.


Jika anda bersedia untuk menggunakan blog sebagai medium pemasaran yang paling efektif, menjadikan blog sebagai medium perkongsian dan blog anda mudah berada di carian google, dan mudah dijejak pembaca, jom sertai KELAS ONLINE BLOG ABDR ini.


Baca lebih banyak ulasan pelajar ABDR di blog utama http://akademibekerjadirumah.blogspot.com


Tuesday, 18 August 2015

Soal Jawab Suri Bisnes Di Rumah

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat




Petikan daripada ebook Yeay! Mama sudah 'resign'.
Bab soal dan jawab.

Soalan 8:
Bagaimanakah untuk saya bersaing dengan mereka yang sudah sukses di pasaran?
Perlukah saya menurunkan harga produk untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan?


Jawapan:
Kita boleh memilih menjual produk dengan harga mahal dan tahu siapa sasaran untuk produk mahal tersebut. Begitu juga produk murah seperti makanan mempunyai keuntungan yang lebih kecil, namun ia adalah juga berbeza mengikut jenis dan sasaran pasaran atau pelanggan.

Setiap produk adalah tidak sama harga, kos juga keuntungan. Bagi anda yang masih baru, sebaiknya bermula dengan menjual dahulu produk yang sudah ada di pasaran untuk kita belajar dari asas.

Bagi menetapkan harga ke atas produk yang ingin dijual, kita mengambil kira pelbagai faktor iaitu pesaing, harga borong dari pembekal dan sebagainya. Pengguna/pelanggan kini semakin bijak kerana mereka boleh membuat perbandingan harga sesuatu produk dan perkhidmatan.

Jalan paling selamat ialah menawarkan produk dengan harga berpatutan dan setanding dengan kualiti. Produk pada harga tawaran yang terbaik dan sesuai dengan sasaran pelanggan jadi tidak ada masalah produk murah atau harga mahal.

~~~~~~

Bagi kalian yang berminat untuk baca lanjut, boleh dapatkan ebook ini dengan nilai RM30 senaskah.


Jika kalian sukakan penjimatan, kami menawarkan promosi pembelian

  1. Ebook Yeay! Mama sudah 'resign',  dan 
  2. Ebook 10 langkah mudah bina kedai online. 

Dengan pembelian berganda ini, anda akan mendapat bonus ebook 101 idea home-based bisnes. 
Perkongsian mengenai jenis bisnes yang boleh dilakukan di rumah sahaja.







Hubungi saya untuk pembelian.


Salam sayang,
Siti Zawiyah Rahmat
PM/WA/Tg: 0123639665
Pengurus Online
Akademi Bekerja Di Rumah
Bisnes Dari Rumah


Monday, 17 August 2015

Pembaca Jatuh Cinta

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat


Memiliki blog di laman internet adalah mudah kerana boleh mendaftarkan blog secara percuma. Namun, untuk memiliki blog yang dapat menambat hati pembaca adalah satu cabaran buat pemilik blog. Apatah lagi jika kekurangan ilmu menulis dan tidak tahu cara yang tepat.

Salah seorang pelajar ABDR, Puan Azuriyah Mohamd,  kini sangat bersyukur dan gembira kerana penulisan dan perkongsiannya di blog berjaya menambat hati sasaran pembacanya. Malah, ada yang bertegur sapa menyatakan telah jatuh cinta dengan penulisan dan perkongsian beliau.

Tindak balas positif daripada pembaca adalah hasil usahanya mengaplikasikan ilmu penulisan yang dipelajari di akademi ini.

Semoga Puan Azuriyah semakin berjaya di masa hadapan.







Kami mengalu-alukan penyertaan suri yang mahu menjadikan blog sebagai punca pendapatan di rumah. 

Bagi kalian yang telah ada blog dan ingin mengaktifkan semula blog yang telah lama tidak ada penulisan baru, jom pelajari untuk memberi kesegaran pada blog anda.





Salam sayang,
Siti Zawiyah
Pm/WA/Tg: 0123639665
Pengurus Online
Akademi Bekerja Di Rumah



Thursday, 6 August 2015

Kelas Asas Akaun ABDR

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat






Kami di Akademi Bekerja Di Rumah menyediakan kelas asas akaun secara online.
Kelas ini terbuka kepada semua, termasuk ahli dan bukan ahli ABDR.


Butir-butir kelas tersebut adalah:

Tarikh: 16 Ogos 2015 (Ahad)

Masa: 9.30pg - 12.30tgh

Yuran: RM150

Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, tunai, bil, resit, pesanan pembelian.


Kelas asas akaun ini dijalankan secara online sahaja dalam 'group facebook'. Pelajar yang telah mendaftar perlu 'online' pada masa yang ditetapkan, iaitu dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Selepas kelas, pelajar boleh berhubung dengan trainer jika ada sebarang pertanyaan.


Jika pelajar tidak dapat menyertai kelas tersebut pada masa yang ditetapkan, pelajar masih boleh masuk ke 'group' kelas dan membaca nota perkongsian trainer. Tapi agak rugi sedikit sebab tiada sesi soal jawab dengan trainer.


Nota: Kelas hanya akan berlangsung jika cukup 3-5 orang. Jika tidak cukup, kelas akan ditunda pada tarikh akan datang.



Group Coaching


Selain kelas online, kami di ABDR juga menyediakan Group Coaching secara offline.


1. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)

Tarikh: 22 Ogos 2015 (Sabtu)

Masa: 9.15am-4 pm

Yuran: RM 250

Lokasi: Putrajaya.

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer.
3. How to do record keeping.
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.



2. Group Coaching (Min 4-6 peserta)

Tarikh: 12 Ogos da 15 Ogos 2015.
Tempat: Bandar Tun Hussein Onn


Khas buat usahawan yang sibuk dan tidak mahu tunggu kelas secara grup. Boleh juga sertai Personal Coaching one-to-one.




Siti Zawiyah
0123639665
Pengurus Online,
Akademi Bekerja Di Rumah
Belajar Asas Blog Bisnes dan Blog Penulisan

Monday, 3 August 2015

Peluang Pendapatan Yang Mudah

Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah





Anda mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk?

Kini anda tidak perlu risau lagi.

Berdaftarlah Sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah!!!

Anda akan mendapat Satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.

Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. 

Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. 

Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan, fokus dan komited serta yang utama komputer atau laptop dan talian internet.

Apa yang kalian dapat ialah satu blog tersedia dengan pautan:

1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah.
2. Logo rasmi SOHO directory.
3. Kelas-kelas Online.
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook.
5. Ruang Periklanan.

Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH. HANYA HUJUNG JARI SAHAJA!!!

Mudahkan. Bahan promosi semua disediakan. Saya akan bimbing anda menjadi rakan niaga akademi kami.

Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:

Siti Zawiyah Rahmat
email : sitizawiyahrahmat@gmail.com
sms / what's app : 012-3639665
add saya di facebook : https://www.facebook.com/sitizawiyah




Sunday, 2 August 2015

Kisah Inspirasi dan Motivasi Suri Sudah 'Resign'

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat






'Resign' bermaksud berhenti atau meninggalkan pekerjaan dengan sukarela. Saya faham ada sesetengah suri yang mempunyai impian untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap urusan rumahtangga.

Namun, hasrat tersebut mungkin mustahil bahkan kian terkubur dek kerana tuntutan menyeimbangkan keperluan seisi rumah. Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, suri seakan rela dalam terpaksa membuang jauh-jauh impian untuk berhenti kerja.

Ebook Yeay! Mama sudah 'resign' adalah panduan dan himpunan beberapa kisah suri yang telah berhenti kerja. Mereka menjaga anak dan rumahtangga, tapi masih boleh membantu dalam soal kewangan keluarga. Berbekalkan kecekalan dan kemahuan yang tinggi, mereka berpeluang merealisasikan impian mereka.

Mari baca dan selami pengalaman mereka, moga menjadi inspirasi dan semangat untuk kita mencapai apa yang kita impikan.



Kisah Suri Berhenti Kerja


Nota inspirasi 6: Umi Arbee Ali.

Saya selesaikan seberapa banyak hutang. Lupakan kad kredit. Adakan simpanan, insuran dan pelaburan secukupnya. Segera cukupkan simpanan untuk haji rukun Islam kelima. Latih diri hentikan perbelanjaan mengarut dan tidak perlu. Belajar berjimat dan menyimpan setiap hari. Belajar memasak pelbagai menu.

Dari status pengedar, saya sasarkan bergelar stokis supaya pendapatan separuh masa menyaingi gaji hakiki saya. Saya membaca banyak buku berkaitan rezeki dan bina keyakinan serta kesedaran bahawasanya segala-galanya adalah milikNya. Saya dapatkan idea dan buka minda akan realiti WAHM. Melatih diri pengurusan masa dan rumahtangga.

Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) antara hamba-hamba-Nya (Allah), dan Dia (Allah) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui). Al-'Ankabut ayat 62.

Telah empat bulan bergelar WAHM, saya masih mampu menghulur duit belanja kepada orang tua, membayar bil, menolong suami dan menggembirakan keluarga dengan percutian. Keluarga tetap utama. Bak kata orang tua, belajar setinggi mana tetap ke ceruk dapur juga. Tetap mengasuh anak jua. Namun, saya bahagia.




Nota inspirasi 8: Izzah Razak.

18 Mac 2014 saya mendapat panggilan sekali lagi dari ayah. Tidak lama kemudian, adik saya pula menelefon menjerit menyatakan.

“Kaklong, mak dah tak ada."

Ya Allah sungguh pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikat yang harus diterima oleh kami sekeluarga. Kali ini, saya pulang sekeluarga. Saya sempat memandikan arwah sehingga dikuburkan di liang lahad. Tidak dapat digambarkan perasaan terkilan saya pada masa itu, cuma tiga hari selepas saya pulang, arwah meninggalkan kami. Subhanallah. Tapi saya bersyukur dapat menjaganya 5 hari di hospital sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Masih kekal di ingatan saya senyuman arwah pada malam terakhir sebelum saya pulang ke Johor. Senyuman yang pasti untuk menyenangkan hati saya sahaja.

Arwah meninggalkan kami pada usia 53 tahun (saya pula berusia 35 tahun) Semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al Fatihah. Beliaulah yang menjadi kekuatan pada diri saya untuk berkongsi dengan anda di luar sana.

Saya bermastautin di selatan. Saya berkahwin dan bekerja selama lebih kurang 10 tahun. Menjawat jawatan sebagai seorang jurutera membuatkan saya sibuk. Setiap hari dikelilingi dengan pelbagai masalah tekanan kerja. Bekerja lima setengah hari seminggu membuatkan saya tiada masa untuk diluangkan masa bersama keluarga tersayang. Masa cuti di hujung minggu cuma dipenuhi untuk membereskan kerja-kerja rumah dan berbelanja barang dapur. Tiada masa untuk membawa anak-anak bercuti. Jika ada kelapangan, kami cuma boleh membawa anak-anak bermain di taman permainan berhampiran. Itu sahaja tempat rekreasi yang tidak memerlukan modal.

Baca lebih banyak lagi dalam ebook Yeay! mama sudah 'resign'.




Nota inspirasi 9: Nor Atiqah Hamidi.

Perkara paling penting dalam membuat keputusan untuk berhenti kerja adalah restu suami dan pertolongan dari Allah.

Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah.

Perbaiki hubungan dengan Allah. Sentiasa amalkan solat sunat Duha supaya rezeki kita dibuka seluasnya. Jangan takut untuk berhenti kerja.

Allah yang memberi rezeki. Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah.

Pastikan sebelum berhenti sudah ada pelan tindakan. Ketika masih bekerja sudah mula menggali ilmu dan mencari mentor. Supaya apabila sudah berhenti kita sudah pun dari awal membina landasan. Jangan berkira untuk mencari ilmu.

Sumber: Ebook Yeay! mama sudah 'resign'.




Nota inspirasi 10.

Saya tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang bisnes. Ijazah saya adalah dalam bidang Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Petronas. Saya banyak belajar dari pengalaman dan menerusi pembacaan / pengalaman rakan lain juga.

Saya hanya bertahan bekerja makan gaji selama 4 tahun (sambil bisnes secara part time sepanjang masa itu) sebelum mengambil keputusan berhenti kerja untuk fokus kepada keluarga dan untuk cuba mengembangkan bisnes ini sebaiknya.

Perjalanan bisnes saya bermula dengan menjual kerongsang dan aksesori wanita secara part time ketika saya baru sebulan berkhidmat dalam jawatan. Perniagaan ini saya mulakan dengan hanya bermodalkan RM300, untuk 30 pasang kerongsang yang dijual online. Sedikit demi sedikit perniagaan ini dikembangkan sehingga mempunyai stok bernilai puluhan ribu ringgit dan kira-kira 40 reseller dan pemborong dari serata Malaysia dan Singapura.

Perniagaan ini saya usahakan selama 4 tahun secara part time dan sepanjang itu juga saya tidak mempunyai kedai atau pejabat rasmi untuk bisnes ini, semuanya diuruskan dari rumah dan dijual melalui online sahaja. Enam bulan sebelum saya berhenti kerja, peluang datang untuk mengambil alih satu pusat cucian dan kecantikan kereta di USJ. Lokasinya strategik dan membawa pulangan yang baik.




Nota inspirasi 11.

Setiap satunya memerlukan pendekatan dan kemahiran yang berbeza. Apa yang penting, suri perlu rancang pembahagian masa harian dan mengetahui apa yang ‘workable’ dengan kemampuan diri.

Maksud saya, sekiranya suri mempunyai anak kecil dan tidak dapat menjawab telefon untuk melayan inquiry pelanggan, maklumkan kepada pelanggan yang anda lebih mudah berurusan melalui email/message atau suri boleh tetapkan masa untuk dihubungi.

Jangan reply inquiry semasa anda sedang ‘bertarung’ dengan urusan rumah tangga, kita akan mudah marah dan selalunya tidak dapat berfikir dengan baik yang akan mengakibatkan kehilangan pelanggan kerana tidak profesional.

Apabila bekerja dari rumah, suri sebenarnya belajar untuk menjadi pengurus yang baik dan efisien. Suri perlu menguruskan hal ehwal rumah tangga, bisnes, anak-anak, disamping menguruskan emosi, minda dan kewangan. Cabaran tetap ada, bagaimana suri menghadapinya menjadi tanda aras sama ada suri benar-benar sesuai dengan cara kerja sebegini.


Baca lagi di ebook Yeay! Mama sudah 'resign'.




Isi kandungan ebook Yeay Mama Sudah Resign


Tinta Pengarang

Bahagian 1:
Bab 1: Saya mahu jadi WAHM- Nor Atiqah Hamidi
Bab 2: ‘Resign’bukan bermaksud tidak bekerja-Nora Afzam
Bab 3:Impian seorang isteri- Izzah Razak
Bab 4: Saya Kini Suri Sepenuh Masa- Umi Arbee.
Bab 5: Saya Tidak Gembira Bekerja-Rahayu Rashid

Bahagian 2: Soal Jawab (Q & A)

Bahagian 3: Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah)
1. Suhaila Amirrudin, Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak
2. Khairina Yaacob, Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu
3. Wani Hamid Jurulatih Akaun/Kewangan
4. Mardhiah Shamsuri, Pengasas Komunit Lovely Live
5. Farah Hafizah, Seni Kraf Kreatif
6. Nor Fahdillahtul Lela Khalil, Pengasas Tart Shell
7. Tengku Azuriyah Tengku Mohamad, Seni Kreatif Sulaman dan Jahitan
8. Hijarina Othman, Usahan Produk Makanan dan kraf Sarawak
9. Faziatun Nisa’ Yusof Basha, Usahawan Makanan
10. Zaila Mohamad, Usahawan dan Guru Online.



Ingin mengetahui lebih lanjut kisah mereka?

Ebook Yeay! Mama sudah 'resign' ini boleh didapati daripada saya dengan harga RM30 senaskah.

Sila mesej saya melalui sms/what'sApp/telegram di 0123639665.




Tawaran Hebat Pembelian:


Promosi Ogos 2015

Sempena bulan Ogos 2015 ini, kami mengadakan promosi pembelian ebook.

Dengan pembelian berganda ebook Yeay! Mama Sudah 'Resign' dan ebook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online, suri akan mendapat bonus ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.

Pembelian ini bernilai RM50 dan ia sangat berbaloi kerana perkongsian dan ilmu dalam ebook ini sangat praktikal pada masa kini.

Semoga ia dapat memberi manfaat buat suri sekalian. :-)




Salam sayang,
Siti Zawiyah Rahmat
Pengurus Online
Akademi Bekerja Di Rumah
Belajar Asas Blog Bisnes dan Penulisan Blog




Saturday, 1 August 2015

Peluang menjadi rakan niaga dan Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat


Sumber Google


Saya mula menyertai kelas Akademi ini pada tahun lepas kerana merasakan perlu untuk belajar menulis di blog, lantaran keinginan memperluaskan bisnes Shaklee saya. Pada waktu itu memang saya kosong tidak tahu apa-apa tentang blog. 

Kelas yang saya sertai amat mudah dan tidak berasa terbeban walaupun saya diwajibkan menyelesaikan 44 tugasan. Waktu kelas adalah fleksibel. Nota-nota yang lengkap boleh saya dapati bila-bila masa sahaja.

Selepas saya menyertai kelas secara atas talian dengan beberapa tugasan wajib, Alhamdulillah saya mendapat ilmu bermanfaat untuk membina blog yang saya impikan.


Siapa rakan niaga ABDR


Saya sebenarnya tidak terfikir untuk menjadi rakan niaga atau pengurus online akademi ini, walaupun saya membeli pakej penuh yang melayakkan saya menjadi rakan niaga.  Namun, apabila penulisan saya di blog berjaya menarik minat pembaca untuk mengikuti kelas di akademi, saya terus bergerak aktif berkongsi mengenai kelebihan menyertai akademi ini. 

Apabila menjadi rakan niaga, secara automatik saya juga adalah pengurus online di akademi ini.
Saya berperanan mempromosikan 3 produk utama akademi, iaitu:
1. Kelas online, 
2. Pakej iklan,
3. Produk digital (ebook).

Saya dilatih dalam kumpulan  khas dengan bahan promosi yang disediakan. Cara promosi adalah di facebook dan blog secara atas talian dengan percuma.

Apabila saya berjaya mendaftar ahli baru, saya mendapat komisen. Begitu juga apabila ada pembaca blog yang berminat membaca penuh ebook keluaran ABDR, saya juga mendapat komisen.


Syarat menyertai kumpulan rakan niaga dan pengurus online Akademi Bekerja Di Rumah


Tujuan kami membuka penyertaan ini adalah untuk sesiapa yang ingin berniaga atas talian tetapi tiada produk untuk diniagakan. Rakan niaga tidak perlu menyimpan stok dan tidak memerlukan modal yang tinggi. Hanya komputer atau telefon pintar dan juga kemudahan internet untuk bersiaran atas talian.

Untuk menjadi rakan niaga ABDR adalah mudah. Anda perlu mengikuti salah satu pakej kelas di bawah: 

Pertama: Pakej Kelas RM250:

i. Pilih untuk menyertai kelas atas talian Blog Bisnes atau Kelas Blog Penulisan.
ii. Berpeluang menjadi rakan niaga dan pengurus online Akademi Bekerja Di Rumah.
iii. Mendapat bonus 6 ebook:
  • ebook asas blog,
  • ebook super wahm supermom, 
  • ebook mula bisnes butik, 
  • ebook 101 idea bisnes, 
  • ebook yeay mama sudah resign, 
  • ebook 10langkah mudah bina kedai online.



Atau,

Kedua: Pakej Kelas RM300 

i. Layak mengikuti 2 kelas serentak, iaitu kelas atas talian Asas Blog Mula Bisnes dan Kelas Penulisan.
ii. Berpeluang menjadi rakan niaga dan pengurus online Akademi Bekerja Di Rumah.
iii. Mendapat bonus 10 ebook:

  • ebook asas blog, 
  • ebook mula bisnes butik, 
  • ebook 101 idea bisnes, 
  • ebook panduan berpantang, 
  • ebook resipi berpantang, 
  • ebook super wahm supermom, 
  • ebook rahsia khidmt pelanggan, 
  • ebook yeay mama sudah resign, 
  • ebook 10 langkah bina kedai online (belum terbit), 
  • ebook panduan rakan niaga (belum terbit).

Untuk pendaftaran, boleh sms saya di 0123639665 (what's app/telegram).


Salam sayang,
Siti Zawiyah Rahmat
Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah
Belajar Asas Blog Bisnes dan Penulisan Blog




Friday, 31 July 2015

Puasa Enam Syawal

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat



Sumber Google

Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada pembaca blog ini. Serta saya mohon maaf zahir batin atas segala kesilapan sepanjang saya menulis di blog saya ini.

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk 15 Syawal 1436H. Bermakna hari ini adalah hari raya kelima belas setelah sebulan menunaikan rukun islam ketiga bagi umat islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.

Sudah tentu banyak undangan rumah terbuka daripada jiran, rakan-rakan sekolah, rakan-rakan pejabat dan juga jamuan hari raya di pejabat. Walaupun banyak jamuan diadakan, yang penting tidak berlaku pembaziran makanan. Jika terdapat banyak baki makanan di saat berakhirnya jamuan tersebut, tuan rumah bolehlah membungkus makanan yang ada untuk dibawa pulang oleh tetamu sebagai buah tangan.

Walaupun bulan Ramadhan telah berlalu, amalan-amalan seperti berpuasa, membaca Al-Quran, bersedeqah, solat qiamullail amat digalakkan untuk diteruskan.



Amalan berpuasa 


Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda,

Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):

Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).”

(Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.”

[Sahih Muslim no: 1151]



Kelebihan Puasa Enam 


Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].


Subhanallah, Allah subhanahu wa taala amat menyayangi hamba-hambanya dan berkuasa memberi ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki.

Oleh itu, jom kita rebut peluang menunaikan puasa sunat ini. Kalau hendak dihitung memang tidak mampu rasanya untuk berpuasa sepanjang tahun sebanyak 360 hari. Puasa Enam ini kita boleh lakukan secara berturut atau berselang-seli asalkan jumlahnya enam hari di bulan Syawal tahun yang sama.


Semoga saya diberi kekuatan menunaikan puasa sunat ini walaupun cuaca agak panas ketika ini. :-)



Siti Zawiyah Rahmat
Pengurus Online
Akademi Bekerja Di Rumah
Belajar Asas Blog Bisnes dan Penulisan Blog




Friday, 15 May 2015

Pengalaman Indah Bersama ABDR

Protege : Norliza Tomiran
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
http://pnnorlizatomiran.blogspot.com/


Assalammualaikum..

Alhamdulillah..itu yang mampu di ungkapkan. Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) melalui post seorang sahabat alam maya akhirnya menjadikan saya seorang yang celik ILMU BLOG. Walaupun saya pernah membuat blog sendiri, tetapi ia sepi kerana tiada ilmu. Berkat berguru, kini saya tahu apa yang saya mahukan dalam blog saya. Terima kasih cikgu Anys Idayu Zakaria.
Sewaktu menyertai ABDR saya di berikan ebook bonus yang wajib khatam. Kenapa wajib khatam ebook bonus??. Itu adalah ilmu wajib tahu sebelum memulakan blog dalam ABDR. Mempunyai kelainan bukan??.  Ini bermaksud ABDR mahukan para blogger ABDR mempunyai ilmu dahulu sebelum memulakan langkah. Walaupun hanya langkah pertama. Langkah pertama yang baik, In sha Allah akan menjadikan perjalanan yang baik jua.

Kemudian 10 soalan tentang diri. Semasa menjawab soalan yang di beri, saya terfikir, untuk apakah tujuan soalan ini??. Oh..rupa-rupanya soalan inilah yang membantu saya dalam hala tuju blog saya. Termasuk juga memilih tajuk blog saya. Kemudian saya di wajibkan menyiapkan 44 entri di samping mengemaskini penampilan blog. Ini termasuk cara membuat borang tempahan. Yang pasti untuk menyiapkan 44 entri adalah terpulang kepada diri sendiri. Malah ada yang dapat menyiapkan entri selama 1 bulan sahaja. Ini kerana 10 soalan yang di beri amat-amat membantu.

Kenapa 44 entri??. Ini tujuan memudahkan blog saya di cari di carian "Google". Malah lebih kerap saya mengemaskini entri, maka lagi memudahkan. 44 entri hanya pemulaan untuk memahirkan dalam menulis entri saya. Malah saya bersyukur dengan ABDR. Ini kerana dengan adanya jaringan perhubungan dengan rakan-rakan ABDR, ia amat-amat membantu blog saya yang baru bertapak. Yang paling tidak saya sangka, angka pengunjung blog akan meningkat dengan cepat jika ada entri terbaru. Ini membuatkan saya bertambah semangat untuk menulis entri.

Semasa mengemaskini blog mengikut arahan yang di beri, sememangnya ada soalan. Alhamdulillah, guru ABDR tidak pernah jemu menjawab soalan-soalan saya terutama cara menyiapkan borang tempahan. Borang tempahan adalah wajib untuk peniaga online. Ia juga secara terus dapat saya melihat rekod jualan saya melaui email saya.

Adalah satu bonus untuk saya bila memasuki ABDR sebagai pengurus online. Di sini saya belajar saya menjawab soalan-soalan bakal pembeli dan bakal rakan ABDR. Malah saya belajar menjalankan "bisnes dropship" tanpa modal. Malah cikgu Anys juga tidak jemu-jemu menjawab soalan saya mengenai "bisnes dropship". Bidang bisnes yang baru dalam diri saya tentunya banyak soalan.

Di ABDR saya  belajar etika blog iaitu Plagiat (meniru atau mencuri atau yang semaksud dengannya.). Di ABDR juga menjadikan saya jatuh cinta dengan "ebook".  Baru saya tahu bertapa mudahnya membaca "ebook". ABDR juga sentiasa menghasilkan "ebook-ebook" yang terbaru. "Ebook" yang berguna sebagai panduan serta rujukkan untuk para wanita tidak kira yang berkerjaya atau yang mahu memulakan kerjaya serta menjaga kesihatan.

Ilmu dan pengalaman saya bersama ABDR tidak dapat di nilai dengan RM200 yang saya bayar. Sungguh berbaloi. Tiada apa yang merugikan bila menyertai ABDR. Walaupun masih bekerjaya tetapi masih mampu menjana pendapatan sampingan. ABDR juga menganjurkan kelas-kelas untuk membantu para usahawan. Saya juga ada menyenaraikan kelas-kelas tersebut dalam "wishlist" saya. In sha Allah, semoga ianya tercapai.

 Walaupun terdapat cabaran seperti ketiadaan "line" internet selama sebulan kerana kable TM telah di curi, akhirnya saya mampu menyiapkan tugasan yang di beri. Terima kasih cikgu dan rakan-rakan ABDR yang banyak membantu. Baik dari segi perkongsian idea dan kata-kata semangat. Terlalu banyak nilai-nilai positif yang saya perolehi.

Terima Kasih ABDR.

(sumber :  http://pnnorlizatomiran.blogspot.com/2015/03/pengalaman-terindah-bersama-abdr.html)





Tuesday, 5 May 2015

Promosi Ebook ABDR Mei 2015

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat



Berminat, sila pm saya ye.

Siti
0123639665
Akademi Bekerja Dari Rumah




Kelas Asas Blog dan Fanpage Serta Beriklan di Instagram

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat



Peluang untuk menimba ilmu Asas Blog dan fanpage seta beriklan di Instagram secara Offline.

Tarikh: 23 Mei 2015

Masa: 9.15 pagi hingga 1.15 tengahari.

Tempat: Seksyen 16 Shah Alam.

Yuran: RM250.

Berminat, sila pm/wa saya ye.


Siti
0123639665
Akademi Bekerja Dari Rumah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...